EN | BM

“Show Your Stripes” Jalur apa pula nak ditunjukkan ni? Hehehe. Anda dapat membantu kanak-kanak Malaysia yang memerlukan dengan menderma sambil membeli stokin istimewa ini. Harganya RM 10 sepasang, termasuk GST. Wang sumbangan anda kan disalurkan kepada kanak-kanak Malaysia melalui Ronald McDonald House Charities (RMHC). Comel kan? Hehehe. Dari dulu lagi ruby suka tengok stokin jalur-jalur macam tu. Jika pandai bergaya, pasti nampak stailo. Lelaki atau Perempuan boleh pakai pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan bukan meraih keuntungan. Ia adalah sebahagian daripada 300 RMHC di seluruh dunia dengan visi yang jelas untuk meceriakan kehidupan kanak-kanak yang memerlukan melalui tiga idang utama – kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

RMHC menyediakan program untuk membantu kanak-kanak seperti:

1) Ronald McDonald Gift of Smile – membantu kanak-kanak yang didiagnosis dengan bibir atau lelangit sumbing.

2) Ronald McDonald Sensory Room – pusat untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan mental perlahan.

3) Ronald McDonald Scholarship – Bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah yang cemerlang dalam pelajaran.

4) Ronald Mcdonald House PPUKM – sebuah rumah yang memberikan keselesaan untuk eluarga dan kanak-kanak yang sedang mendapatkan rawatan.

Stokin ini terlalu comel dan ruby pakai ketika di dalam rumah. Selesa dan comel. Kadang kita berselubung tidur, pasti kaki terkeluar. Ruby memang suka pakai stokin apabila waktu malam. Sebab kaki ruby mudah kekejangan. Walaupun berada di dalam rumah, tidak salah pakai stokin warna warni dan comel-comel. Mood pun happy.

Stokin ini akan dijual di semua cawangan Mc Donalds bermula 7 November 2015 pada harga RM 10 (termasuk GST). Dapatkan stokin anda cepat dan secara automatik anda telah menderma kepada Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia. Sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak gembira dan anda juga gembira dengan stokin anda. Hehehe

Lawati www.rhmc.org.my untuk keterangan lanjut. ##DemiRHMC-I’m for the kids!