EN | BM


Kuala Lumpur, 15 Jun 2016 – McDonald's® Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti agar masyarakat dapat sama-sama menghayati bulan Ramadan ini. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, McDonald's® Malaysia menaja burger McChicken dan apple pie untuk sesi moreh, seminggu sekali di 91 buah masjid seluruh negara. Malah, kali ini McDonald's® juga menaja juadah moreh di masjid-masjid di 15 universiti awam di seluruh negara.

“Sepanjang 34 tahun bertapak di Malaysia, kami sedar bahawa Ramadan membawa seribu satu rahmat dan keberkatan. Kami di McDonald's® cukup berbangga dapat mendekati masyarakat menerusi pelbagai inisiatif berteraskan kebajikan komuniti. Sesungguhnya, sikap tidak mementingkan diri dan belas ihsan sesama manusia menonjolkan erti sebenar Ramadan itu sendiri,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald's® Malaysia.

Ramadan adalah peluang terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat. Mengambil peluang yang ada, McDonald's® turut mengagihkan 30,000 set kurma dan air minuman kepada pengguna perkhidmatan awam komuter di lima stesen LRT, dua kali seminggu mulai 8 Jun hingga 20 Jun 2016.

Bukan itu sahaja, lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Nur Iman, Rumah Anak Yatim & Miskin D’Nasti and Rumah Anak Yatim & Miskin Baitul Husna telah dibawa untuk membeli-belah pakaian raya, keperluan sekolah dan dijamu dengan pelbagai juadah berbuka puasa. Selain menaja juadah berbuka puasa di Hotel Vistana Kuantan, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) juga turut memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada setiap rumah kebajikan tersebut. McDonald's® Kuantan pula memberikan duit raya kepada kanak-kanak ini manakala Kotasas Sdn Bhd pula membiaya perbelanjaan pakaian raya mereka.

Selain itu, McDonald's® dan badan kebajikan pilihannya, RMHC turut akan meraikan kemeriahan Ramadan di Pusat Lambaian Kasih, Kuala Lumpur pada 24 Jun ini. RMHC bakal menyumbang RM6,000.00 kepada rumah kebajikan ini dan kakitangan McDonald's® akan juga turut serta meluangkan masa bersama kanak-kanak di situ semasa majlis berbuka puasa.




Kuala Lumpur, 15 June 2016 – McDonald's® Malaysia will be marking the Ramadan observance with a series of activities nationwide to commemorate this holy month of self-reflection and spiritual rejuvenation. For the third year running, McDonald's® Malaysia will be sponsoring McChicken burgers and apple pies once a week to 91 mosques across the nation for after prayer meals or moreh. This time around, McDonald's® has also extended its moreh sponsorship to mosques of 15 public universities nationwide.

“In our 34 years in Malaysia, McDonald's® has witnessed that Ramadan brings out the best in us. We at McDonald's® are proud to continue doing our part in the community through initiatives that bring us closer to them. The act of selflessness and compassion reflects the true meaning of Ramadan,” said Azmir Jaafar, Managing Director of McDonald's® Malaysia.

Ramadan is an opportune time to give back to the community and McDonald's® is just doing that by offering 30,000 sets of complimentary dates and drinking water during rush hour to commuters at five Putra LRT stations twice a week from 8 June – 20 June 2016.

What’s more, over 100 children in need will be treated to an evening of festive cheer including a shopping spree for baju raya and school necessities as well as a scrumptious Iftar dinner organized for the children from Rumah Anak Yatim Nur Iman, Rumah Anak Yatim & Miskin D’Nasti and Rumah Anak Yatim & Miskin Baitul Husna. In addition to sponsoring the breaking of fast dinner at Hotel Vistana Kuantan, Ronald McDonald House Charities (RMHC) will also be making a donation of RM5,000.00 to each home. In turn, McDonald's® Kuantan will be handing out duit raya to the children whilst Kotasas Sdn Bhd will foot the baju raya bill.

Furthermore, McDonald's® and its charity of choice RMHC will be joining hands once again to celebrate Ramadan at Pusat Lambaian Kasih here in Kuala Lumpur on 24 June 2016. RMHC will make a contribution of RM6,000.00 to the charity home and McDonald's® employees will volunteer to spend quality time and break fast with the kids.