EN | BM

19 Julai 2018 - McDonald's Malaysia telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah CSR 2018 sebagai 'Company of the Year' bagi kategori restoran khidmat segera. Anugerah ini adalah di bawah kelolaan RH Publications dengan kerjasama Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Kemenangan ini diraih menerusi penglibatan & komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam program-program tanggungjawab sosial korporat terutamanya program mengiktiraf jasa para guru dalam mendidik generasi muda Malaysia melalui Anugerah Guru Inspirasi , Ceramah Motivasi Guru bersama Dato’ Dr Fadilah Kamsah serta sambutan Hari Guru di restoran-restoran kita di seluruh Malaysia. Anugerah ini juga diperolehi atas kejayaan kita melancarkan program Pek Kembali Sekolah McDonald's bersama Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang telah memberi manfaat kepada  lebih daripada 6,000 kanak-kanak Malaysia. 

Semoga Anugerah ini terus meniup semangat kita untuk menjalankan usaha sebegini dengan lebih hebat di tahun-tahun akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas sokongan yang diberikan!