EN | BM
Berita dari Utusan Online



KUALA LUMPUR, 9 Julai 2016 – Meskipun umat Islam sibuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing, namun ada juga warga kota yang mengambil pendekatan berbeza untuk mengeratkan silaturahim dengan bersiar-siar, membeli belah dan makan bersama di sekitar ibu kota.

Restoran McDonald's® yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid antara yang menjadi tumpuan pelbagai golongan masyarakat termasuk penganut Islam untuk menikmati hidangan sempena cuti umum kali ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia pada hari raya pertama mendapati, restoran itu sibuk dan dibanjiri pelanggan sepanjang hari sama ada untuk makan di situ atau dibawa pulang.

Malah, suasana sambutan Aidilfitri bertambah ceria apabila sebahagian kakitangan lelaki dan wanita restoran McDonald's® itu mengenakan pakaian tradi­sional termasuk berbaju Me­layu, baju kurung dan berjubah untuk menyambut pelanggan mereka.

Selain itu, restoran itu turut menyediakan beberapa aktiviti khas yang menarik kepada semua pelanggan yang mengunjungi McDonald's® seperti me­nulis ucapan hari raya, aktiviti mewarna dan pemberian belon secara percuma kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, menurut jurucakap McDonald's® Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya berbesar hati dengan orang ramai yang memilih untuk menjamu selera di seluruh cawangan restorannya pada cuti Aidilfitri ini.

“Kami amat berterima kasih kepada kakitangan kami yang sanggup mengorbankan masa dan sambutan Aidilfitri mereka bagi memastikan para pelanggan sentiasa dapat menikmati hidangan McDonald's®,” ujarnya.

Selain itu katanya, pelanggan yang tidak berpeluang menikmati hidangan Foldover Lazeez Ayam dan Foldover Mashwi Daging semasa bulan Ramadan, boleh berbuat demikian kerana menu berkenaan masih lagi ditawarkan seme­ntara stok masih ada.

Katanya, pelanggan juga boleh mencuba aneka juadah pemanis mulut yang disediakan seperti Kon Perisa Cendol, Sundae Mata Kucing, McFlurry Mata Kucing dan Pai Bubur Chacha.