EN | BM



SUBANG JAYA, 14 Januari 2015
– Bagi meraikan kembalinya semula Burger Prosperity yang dinantikan ramai, McDonald's® Malaysia bekerjasama dengan Lari yang merupakan sebuah rancangan permainan televisyen popular untuk satu episod amal.

Dirakamkan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, program ini menampilkan selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti Amyra Rosli, Elfira Loy, Fattah Amin dan Zain Saidin berentap bersama para peserta dalam satu siri cabaran untuk memenangi hadiah utama yang disediakan termasuklah sumbangan derma sebanyak RM5,000 setiap satu kepada rumah-rumah kebajikan terpilih.

Bagi menyokong komitmen berterusan dalam membantu masyarakat, McDonald's® mengadakan kempen tahunan sempena kembalinya Burger Prosperity di restoran-restorannya setiap tahun. Sesungguhnya, kempen amal sebegini seiring dengan nilai-nilai yang ingin diketengahkan pada perkataan “Prosperity” itu sendiri.

“Sejak beberapa tahun yang lepas, kami mula melihat makna yang lebih mendalam bagi perkataan “Prosperity” itu sendiri. Bagi kami, “Prosperity” bukan sekadar kebahagiaan atau kemewahan yang diperoleh dari harta benda dan wang ringgit. Sebaliknya, ia menggambarkan sesuatu yang lebih bernilai misalnya kegembiraan yang dirasai apabila kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, dan juga semasa kita berbuat baik kepada orang lain,” menurut Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Pemasaran, McDonald's® Malaysia.

Pada tahun ini, McDonald's® dengan kerjasama Lari berharap agar golongan keluarga di Malaysia dapat menerapkan nilai-nilai murni sambil bergembira melalui rancangan ini. Dengan elemen amal yang disuntik ke dalam rancangan ini, setiap kumpulan berpeluang untuk memilih sebuah rumah kebajikan di mana McDonald's® akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 masing-masing.

“Nilai-nilai Prosperity McDonald's® telah ditonjolkan dengan hasrat untuk menanamkan sikap prihatin di kalangan rakyat Malaysia terhadap golongan kurang bernasib baik.

Kami amat teruja dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama para peserta dan selebriti-selebriti yang terlibat, bukan sahaja dalam menjayakan rancangan ini bahkan juga pada masa yang sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan,” tambah Melati.

Menerusi Lari Bersama Prosperity, beberapa rumah kebajikan telah pun dipilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM5,000 setiap satu bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka. Rumah-rumah kebajikan tersebut adalah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa di Puchong, Rumah Anak Kesayanganku di Rawang, PJ Caring Home di Petaling Jaya dan juga Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Gombak.

“Bersempena dengan kempen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai untuk lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. Kempen tahunan sebegini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia dan melahirkan lebih ramai rakyat yang sentiasa bersedia membantu golongan yang kurang bernasib baik,” tambah Melati lagi.

Lari Bersama Prosperity akan disiarkan pada 11 Februari 2016 (Khamis), eksklusif di TV9.










SUBANG JAYA, 14 January 2015 –
To celebrate the return of McDonald's® perennial fan favourite Prosperity Burger, McDonald's® Malaysia played host to the popular television game show Lari in a special charity edition episode.

Shot on location in the Sunway Pyramid shopping centre, the episode featured Malaysian celebrities Amyra Rosli, Elfira Loy, Fattah Amin and Zain Saidin battling it out alongside participants in a series of hilarious stunts and challenges to win the grand prize as well as to contribute RM5,000.00 each to four selected charitable homes.

To continuously reaffirm its commitment in giving back to the community, McDonald's® organizes campaigns annually in conjunction with the Prosperity Burger’s much-anticipated return to its restaurants. These charity-skewed campaigns are in-line with the true values of the word Prosperity.

“For the past few years, we have looked deeper into the meaning of Prosperity. To us, Prosperity does not necessarily equate to material wealth alone. On the contrary, it means more valuable things which money can’t buy, such as the simple joys that we get in life from spending time with our friends and family, and doing acts of kindness for others,” said Melati Abdul Hai, Senior Director, Marketing & Communications, McDonald's® Malaysia.

This year, McDonald's® teamed up with Lari with hope to bring Malaysian families together through fun, laughter and love while promoting good values. With the charity element injected to the game show, the teams involved get to choose a charitable home each, and McDonald's® will donate RM5,000 to the homes.

“McDonald's® Prosperity values is set to remind Malaysians to remember the underprivileged and to perform acts of kindness to these group of people. We are glad that the participants and celebrities involved are as excited as we are, in not only the game show, but also to do their bit in giving back to the needy,” Melati added.

Through Lari Bersama Prosperity, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong; Rumah Anak Kesayanganku, Rawang; PJ Caring Home, Petaling Jaya; and Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha, Gombak
will each receive a contribution of RM5, 000.00 to assist in running their day-to-day operations.

“With this campaign, we would like to call upon the public to get involved in acts of kindness. Our annual prosperity campaigns are organized with the greater objective to extend and inculcate good values in Malaysians, thus building good Samaritans who will care for the underprivileged,” Melati further added.

Lari Bersama Prosperity will air 11 February, 2016 (Thursday) exclusively on TV9.