EN | BM
Berita dari Sinar Online



KUALA LUMPUR - Individu yang memulakan dakwaan di laman sosial dengan mempersoal status halal produk McDonald's® Malaysia telah mengakui kesilapannya selain memohon maaf kerana menyebarkan dakwaan itu.

Menurut kenyataan McDonald's® Malaysia, syarikat makanan segera itu meminta wanita itu mengambil iktibar daripada kesilapannya dan lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya.

Ia berkata ini susulan usaha McDonald's® menghubungi sendiri individu berkenaan.

Kenyataan itu turut memaparkan surat permohonan maaf yang dihantar individu berkenaan. Bagaimanapun, identiti dan butiran peribadi individu itu tidak didedahkan.

Menurut syarikat itu pada Mei 2016, ia mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial sebelum ini tentang punca penghentian jualan produk 'Quarter Pounder with Cheese'.

"Kami mendapati dakwaan itu kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tidak benar sama sekali dakwaan itu yang mempersoal status halal kami," kata kenyataan itu.

Ia berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pengguna tentang status halal McDonald's® Malaysia. - Bernama





KUALA LUMPUR - A spokesman for the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) said they had previously issued a statement on the halal status of products by the fast-food chain restaurant.

“We hope that this matter is no longer played up by the public,” he said when contacted by Bernama.

The false news in question raised doubts over the halal status of the ‘Quarter Pounder’ burger sold at the world famous food franchise.

In a statement on May 9, Jakim said Mcdonald’s was a valid halal certificate holder and was committed to the procedures and standards set by Jakim.--BERNAMA

News Article from 
New Straits Times Online